Saturday, March 23, 2013

kini aku rasa bahagia itu... T_T

Allah...
Allah Tuhanku....
dengarlah rintihan hatiku ini...
di saat ini...
di saat tiada sesiapa di sisi kecuali diri Mu...
hanya diri Mu yg ada ketika ini menemani diriku...

Allah...
Cinta agung ku...
bagaimana nak ku mula luahan ini..
aku hanya ingin memuji2 Mu..
aku hanya mahu mengagung2kan diri Mu Ya Rahman..
Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Allah...
Hanya Kau Tuhan ku Yang Ahad...
kini aku rasa bahagia itu...
bahagia yang sudah lama mereka rasai..
kini Kau rasakannya pula pada diri ku yg hina ini...
aku sudah mula rindu dan cinta pada mereka..
adik2 baru yang Kau berikan utkku...
walau tidak dilahirkan ibu ku..
namun ku rasakan tanggungjawab ku pada mereka...
hak mereka yang perlu aku penuhi..

Allah.. Tuhan ku...
aku sudah menyayangi mereka..
seperti mana aku benci pada dosa2 ku yg lalu,
seperti itu juga aku benci andai ia hinggap pada adik2 baru ku...
tetapkanlah hati2 mereka walau bukan atas usaha ku
bantu la mereka di jalan Mu walau bukan kerna daya ku
sambut tangan mereka, Ya Allah Ya Tuhan..
Engkau Mendengar luahan ini.. T_T
terimalah mereka di jalan Mu..dengan cahaya Rabbani Mu..
Yang tak pernah malap..takkan berkurang walau sedikit pun...
Engkau lebih mengetahui akan hati-hati mereka....

Allah...Cinta ku..
hanya pada Mu tempat aku memohon petunjuk..dlm mbimbing mereka...
hanya pada Mu tempat aku memohon kekuatan...dlm mnguatkan mereka...
hanya pada Mu tempat aku bergantung harap..dlm mbantu mereka cinta pada Mu...
Allah..Kau memang Cinta Agung ku... T_T
Engkau mengetahui hati ku ini...
kuat kah ia... rapuhkah ia..
makin terang kah cahaya hati ku ini?
atau semakin malap kah ia...? itu di luar ilmu ku..
namun ku tahu Kau Maha Tahu akan apa yg tersirat dan tersurat...
jauh di lubuk hati ini..rasa cinta ku pada mereka...
walau baru mengenali..aku sudah terlalu sayang pada mereka..
aku mahu bersama mereka di syurga Mu nanti Ya Allah..
Kau kuatkanlah mereka dlm mencari redha Mu...
hanya Kau yang mampu lakukan segala wahai Pencipta ku..

kini baru aku mengerti..
pengorbanan mereka selama ini untukku bukan semudah yg dirasai
bila Kau meletakkan aku pula di tempat itu
untuk aku rasakan sendiri betapa terujinya diri
di sini aku terdidik utk terus bersabar..
di mana dulunya sifat sabar lgsung tiada dlm kamus hidupku..T_T
di situ aku di ajar untuk tidak berputus asa...
di mana dulunya sifat itu selalu menerjah diri ini..

Ya Tuhan...Allah Cinta ku...
mimpi ku dulu sudah semakin hampir...
dan Engkau lah yg menghampirkan aku dgn mimpi itu...
tanpa keizinan dan kehendak Mu Ya Rabbi..
mana mungkin aku mampu berada di situ...

dahulu...
aku andaikan itu hanya mimpi yg takkan jadi realiti...
sebaik terjaga dari lena..aku rasakan ia sgt mustahil..
aku tertanya-tanya...apakah maksud mimpi itu? T_T
lamanya aku mencari jawapan pada mimpi itu wahai Tuhan ku..
dan kini...ia semakin ku mengerti..
melalui jalan ini ku temui sinarnya jawapannya..
seolah aku termasuk pada sebuah kisah baru..
mimpi yang indah dan seolah dlm fantasi duniaku...
kuatkan aku untuk itu, Ya Allah..
hanya itu yang aku minta pada Mu yang Maha Berkuasa atas segala..
bantu aku untuk kuat selama ku masih punya hayat..
walau tak ku tahu jumlah baki dan sisanya
aku tetap mahu berlama-lama dlm bahagia ini...
bahagia yang Kau rasakan ini..
bahagia yang tak pernah aku impi..
ia semakin menjadi realiti..
sebagai bekalan sebelum mati..
kerna pertemuan itu sangat abadi..
jadi aku harus persiap diri..

tidak ku risau andai tiada yang mengerti..
tentang insan seperti cahayakeharumanku
kerna ku tahu masih ada Yang Memahami
hanya Dia saja Cinta Agung ku...

itu yang aku tahu dan mahu.
dulu..kini...dan selamanya...
moga ia terpatri..terpahat di qalbu.
menanti cinta Dia Yang Utama..

aku hamba Mu.
akan tetap begitu.






No comments:

Post a Comment

berkatabenarlahwalaupunpahit