Tuesday, January 29, 2013

baru kejap..tapi..rindu gile dah..


rindu...

huuu... baru je kejap xjumpa akhowat...hidup rasa xbest da..
sunyi... bosan... ntahla aku pun tak faham rasa ni macam mana..
tak reti pula nak tafsir apa yg aku rasa ni...
walau byk yg boley d buat kt rumah ni..
tapi lain... lain sgt bila bersama jemaah...
lain sgt bila bersama mereka semua...
tak sampai seminggu rasanya..
takpela..esok da nak balik sana balik..
lusa da boley jumpa mereka..
boley solat same2.. baca matuhrat same2..
nasyid sama2(aku da ditarik join grup nasyid :P)
tido sama2.. dapat qiam sama2... baca qur'an sama2...
gi daurah, ta'alim, mukhayyam... rindunyee... hmmm...

kadang2 rasa lemah bila jauh dari mereka..
tapi aku telah cuba sedaya upaya utk tetap sama walau di manapun aku berada,
wlau aku takde mereka or kehilangan mereka sekalipun, Allah itu tetap ada..
Tuhanku takkan pernah hilang.. akan selalu ada.. bersama hamba2 yg mencariNya...
sekarang aku pasti..dan tahu.. aku sedang di uji utk jauh dari mereka..
mungkin suatu ari nanti aku perlu pergi jauh dari mereka..
aku pun tak tau... Allah lebih mengetahui akan jalanku...
dan...
aku sedang belajar utk redha dgn segalanya...

walau dimanapun kita berada... sentiasa lah melangkah dgn nama Allah...
moga berakhir kita nanti juga dengan nama Allah...

aminn....






Monday, January 28, 2013

perginya seorang mujahidah...

SITI HAJAR

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Darimu TUHAN pencipta Alam
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

-Adik Fatimah-

 

moga aku juga dapat menyelusuri langkah ini setegar dirimu...
tenanglah kamu pergi bertemu Kekasih abadi...moga dapat bertemumu di sana nanti...amin...

Friday, January 25, 2013

rindu padamu... T_T

Kekasihku...
Aku terkenangkan
pengorbananmu yg agung.
Ingat mu pd kami ummatmu
yg hidup penuh pancaroba.
Kasih sayangmu pd kami
yg tiada bandingnya.
Aku juga merinduimu
saat namamu jadi sebutan.
Betapa aku ingin bertemu
dlm mimpi pun tak mngapa.
Saatku rindu ingat padamu
air mataku menjadi tanda.

Aku cuba mengikutimu
setiap tingkah setiap laku.
Semoga makruf dptku amal
agar mungkar dptku cegah.
Dunia tmpat aku berbekal
akhirat tmpat aku dihisab.
Wahai Nabi kekasih hati
aku ummatmu rindu pdmu.
Aku ummat jahil & alpa
biar amalku ikut sunnahmu.
Syafa'atilah aku
Wahai Nabi Seluruh Alam.


(sifu)
 

Wednesday, January 23, 2013

harapanku... T_T


Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap,
Cukuplah Engkau bagi yang berharap,
sebagai tempat bergantung dan memohon,
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu,
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar,
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap,
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang,
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini,
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba 
adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia...


T_T



Saturday, January 19, 2013

suatu masa...

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukMu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
KepadaNya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima...???


m.nasir 

Wednesday, January 9, 2013

pakcik itu...aku rindu T_T

tiba ingatan menerjah ilusi
raut wajah masih mampu ku lakari
tanpa bicara ku seolah mengerti
terasa diri amat kerdil sekali
andai panjang hayatku ini
mahu menyelami sekeping hati
kerna aku mahu mengerti
apa yg tersirat pada diri
menyingkap rahsia hati
pada diri seorang abdi
walau jasad tak ku kenali
kau masih ku ingati
mungkin sampai akhir nanti
kerna kau buatku mengerti
dan kenal diri sendiri
segala puji hanya bagi Allah, Ya Rabbi
mengatur segalanya mengikut apa yg di kehendaki
moga bertemu di sana nanti..pakcik misteri :'(


pakcik...benar aku tidak mengenali mu...
hanya bertemu tanpa di rancang, maaf aku bertamu tanpa silu...
pertemuan sekejap denganmu dua tahun lalu akan terus bersemadi bersamaku...
inginku bercerita tentang dirimu, namun lidahku kelu terus membisu...
inginku bertemu lagi denganmu, namun hingga kini tak kulihat lagi kelibatmu...
kadang ku mencari di mana dirimu, dan aku mulai sedari siapa diriku...
bila memori menjenguk tentang dirimu, aku lantas ingat pada Pencipta mu...
aku mahu bertemu lagi denganmu, guru tanpa tutur.. guru tanpa sepatu...
peluh keringat dan redup matamu menjadikan aku terasa kaku...
malu pada diriku... malu pada Pencipta ku..Pencipta mu...

Allah..Tuhanku... Cinta Agung ku...
pertemukanku lagi dengannya.. 
walau tak di dunia ini..
pertemukan kami di sana nanti..
kerna diri ingin membalas budi..
yg tak ternilai pada diri...






biarkan aku.. usah di peduli

bila ada yg aku nasihati.
sebenarnya ia untuk diriku sendiri.
itu cuma sekadar yg mampu di kongsi.
sebagai bekalan menuju ilahi.
bila ada berkaitan diri. 

usah di peduli diri ini.
kerna aku bukan menteri. 

yang perlu di teliti.
bukan juga puteri. 

yang perlu di perhati.
tiada yg hebat pada diri ini.
tiada yg istimewa pada diri ini.
tiada yg menarik ttg diri ini.
usah kau kagumi.
usah kau peduli.
usah kau cerobohi.
usah kau rosakkan hati.
jaga diri sendiri.
jangan makan hati.
banyak ingat mati.
raih redha ilahi.

biarkan ku kekal misteri.
di alam fantasi ini.
tak perlu dikenali.
cukuplah Allah yg Mengenali..
selamat bertemu cinta abadi.

cinta hakiki.
cinta ilahi.

selamat kenal diri.
akan tiba nanti.
masa ku pergi.

pasti.

usah cuba memahami apa yg takkan di fahami.
jgn bermain dgn api nanti mbakar diri sendiri.
cukuplah Allah utk hidup dan mati.
jangan menguji diri sendiri.
dengan sesuatu yang tak kau pasti.

selamat beradu wahai diri.
nyawa di genggam separuh mati. zzz~



 

Thursday, January 3, 2013

biarkanku dgn hijabku :)


hijaabku..
temanilah aku hingga saat Dia menjemputku pergi...
diri ini mahu sentiasa bersamamu...
walau sukar dan payah jalan yg ku harus lalui bersamamu...
walau pahitnya mujahadah itu...
tiada erti penat lelah mpertahankanmu...
teruslah bersamaku...
demi cinta Nya...
hingga aku kembali pada Pencipta ku...

Allahu Rabbi...
bantulah aku utk tegar bersama hijabku...
jangan Kau pisahkan kami...
tiada daya dan upayaku
melainkan dgn pertolongan n kekuatan daripada Mu

sungguh kejahilan masa lalu mengajarku tentang kekuasaan Mu
sungguh kejahilan masa lalu membuatku malu mengaku aku hamba Mu
sungguh kejahilan masa lalu  membuatku mahu lari jauh dari semuanya 

kekalkan nikmat ini Ya Rabbi..
kekalkan aku dengan perasaan ini
kekalkan aku dengan airmata ini
kekalkan aku dalam kemanisan berhijab
untuk Mu...
Allah, Tuhan ku..Tuhan mu..
Tuhan sekalian alam...

~Allah Cinta Agungku~

hanya itu yang aku tahu
hanya itu yang aku mahu

aku masih di sini
menanti pertemuan abadi


Wednesday, January 2, 2013

aku milik Mu..


dan ketika aku pulang kepada MU
sambutlah aku dgn kasih syg MU
meski rintihan ini tak di mengerti mereka
namun ku tahu
Engkau sgt mengerti aku
kerna aku ini milik Mu sepenuhnya
ampunkan ketidak setiaan aku pada MU
meski lisanku sentiasa menyebutnya
Tuhan Cinta Agung ku
namun
sejauh manakah kebenarannya 
di manakah kedudukannya di sisi Mu
kadang aku tergelincir
disaat hatiku menyebut nama Mu
hinanya diri terasa kala melakukan dosa dalam sedar
di mana takutnya aku pada kekuasaan Mu
di mana cinta yg di agung agungkan itu
di mana aku di sisi Mu
itu semua di luar capaian aqalku
pimpinlah tanganku ini
usah Kau lepaskan aku sendiri
jangan Kau biarkan aku begini
bimbinglah aku
tunjuki lah aku jalan kebenaran
jalan pulang kepada Mu
aku mahu pulang kepada Kekasih ku..
Kau Pemilik diriku...dan aku ini milik Mu...
sepenuhnya.
meski aku belum benar mengenali Mu..
Allahu Rabbi..

T_T

 


Tuesday, January 1, 2013

menangis itu perlu


sgt 
perlu
bagi 
aku.
sehari
tanpa
tangisan
buat 
hati
aku
keras
membatu.
dan
aku
sangat
tidak
menyukainya
 kecenderungan
mendekati
perkara
maksiat
tinggi
bila
air
mataku
tak
mengalir
setiap
hari.

 kenapa aku menangis?
jawapan ada pada Dia
ALLAH
...~Tuhan Cinta Agung ku~...