Wednesday, January 9, 2013

pakcik itu...aku rindu T_T

tiba ingatan menerjah ilusi
raut wajah masih mampu ku lakari
tanpa bicara ku seolah mengerti
terasa diri amat kerdil sekali
andai panjang hayatku ini
mahu menyelami sekeping hati
kerna aku mahu mengerti
apa yg tersirat pada diri
menyingkap rahsia hati
pada diri seorang abdi
walau jasad tak ku kenali
kau masih ku ingati
mungkin sampai akhir nanti
kerna kau buatku mengerti
dan kenal diri sendiri
segala puji hanya bagi Allah, Ya Rabbi
mengatur segalanya mengikut apa yg di kehendaki
moga bertemu di sana nanti..pakcik misteri :'(


pakcik...benar aku tidak mengenali mu...
hanya bertemu tanpa di rancang, maaf aku bertamu tanpa silu...
pertemuan sekejap denganmu dua tahun lalu akan terus bersemadi bersamaku...
inginku bercerita tentang dirimu, namun lidahku kelu terus membisu...
inginku bertemu lagi denganmu, namun hingga kini tak kulihat lagi kelibatmu...
kadang ku mencari di mana dirimu, dan aku mulai sedari siapa diriku...
bila memori menjenguk tentang dirimu, aku lantas ingat pada Pencipta mu...
aku mahu bertemu lagi denganmu, guru tanpa tutur.. guru tanpa sepatu...
peluh keringat dan redup matamu menjadikan aku terasa kaku...
malu pada diriku... malu pada Pencipta ku..Pencipta mu...

Allah..Tuhanku... Cinta Agung ku...
pertemukanku lagi dengannya.. 
walau tak di dunia ini..
pertemukan kami di sana nanti..
kerna diri ingin membalas budi..
yg tak ternilai pada diri...






No comments:

Post a Comment

berkatabenarlahwalaupunpahit