Friday, October 14, 2011

biarkan aku

biarkan aku menghitung hari-hariku
biarkan aku menghitung amalan-amalanku
biarkan aku mencatat ibadat-ibadatku

agar aku sentiasa dlm keadaan sedar
agar aku sentiasa berjaga-jaga
agar aku sentiasa takut untuk mendekati dosa
agar aku bimbang hilangnya segala amalan

bila aku melakukan dosa dan maksiat
hilanglah segala pahala amalan yang tercatat
tinggallah diri yang hina dengan dosa-dosa
tiada guna segala ibadat
yang tinggal hnya seorang hamba yang rugi

biarkan aku menghitung
agar aku jadi manusia yang beruntung

biarkan aku mencatat
kerna kelak di hadapanNYA
aku sendiri yang akan menghitung-hitung amalanku
yang jelas tertera dlm kitab catatan amalku
dan di saat itu..aku akan tahu
di mana letakku di sisi NYa
adakah aku akan di dekatkan dgnNya?
golongan kanan kah aku?
atau golongan kiri letak diriku?

biarkan aku dengan airmataku memenuhi ruang duniaku
moga di akhirat nanti tiada lagi airmata penyesalan yg tinggal buatku
di dalam api neraka jahanam

biarkan aku hidup dengan merasa dosaku byk menggunung
agar aku sentiasa bersyukur dgn pahala yang sedikit

biarkan aku sentiasa takut akan masaku yang lalu
agar aku tidak terus tersesat dan hanyut dlm mainan dunia

biarkan aku selalu mengenang dosa-dosaku dulu
agar aku sentiasa mahu bertaubat padaNya

biarkan aku mencatat amalanku
agar aku tahu saat turun dan naiknya imanku

aku mahu terus menangis di dunia
kerna...
aku mahu hidup tnpa tangisan di akhirat nanti...
dan...
tempat tanpa airmata itu hanyalah di syurga NYa
di sisi Allah Yang Maha PEngasih n Penyayang

biarkan aku mengejar saat itu...

sesungguhnya...solatku, ibadatku, hidupku dan matiku
hanya la kerana Allah Taala, Tuhan sekalian alam...


~Tuhan Cinta Agungku~


.cahayakeharumanku.




Wednesday, October 12, 2011

terang dalam kelam


 depan

  belakang

 kiri

 kanan

aku melihat ke depan, belakang, kiri, kanan....
tiada apa yg dpt mghiburkanku...

aku cuba mdongak ke langit..
dan hatiku terhibur


atas
bulan
terang dalam kelam
kau akan berada di genggamanku
suatu saat nanti...

insyaAllah
....


tiada kecacatan n kekurangan pada ciptaanNya
membuat aku terus tertunduk malu...
terasa diri kecil, kerdil dan hina..

tanah.
pandanganku berbalik ke tanah.
tempat aku pulang nanti..


bawah

tamat kisah satu malam

.....

~selamat lena~




Monday, October 10, 2011

091011 : aku.cinta.konvo.airmata.ayah


hari ini dalam sejarah. airmata seornag ayah. betapa hebat dan dalamnya cintaku pada ayahku. walau pada saat itu, hari itu, hati aku penuh dengan keresahan dan kegelisahan memikirkan betapa aku lemah terpaksa memakai pakaian yahudi. hanya Allah saja yang tahu apa yang terbuku di hatiku saat itu. menjadi pelajar yg terakhir melangkah masuk ke dewan dan yg pertama melangkah keluar dari dewan cukup membuktikan Dia mendengar doaku. ketidak selesaan n sakit dan lemahnya tubuh ku pada hari itu.. perkara yang ditakdirkan untukku itu cukup menggambarkan betapa aku tidak mahu berada di situ..hati penat melawan emosi bilamana berkali2 diri ditegur supaya purdahku ditanggalkan setibanya saat untuk ku naik ke stage berlakon ambil skrol.. perkara yang membencikanku, berjalan di hadapan ribuan makhluk yg menonton..skrin besar,.gambar.. aku rasa seperti orang bodoh2 saja masa tu.. tapi aku lemah xberdaya tuk melawan..Alhamdulillah..ini yg ptama dan terakhir untukku kerna ibubapaku telah mgizinkan ku tidak hadir ke konvokasiku yg akan dtg..untuk master..dan mungkin untuk phd juga.. walau hakikatnya aku tahu, mereka mahu melihatku di pentas utk kali ke seterusnya. namun, mereka tetap akur dgn perinsipku..di mana..dalam beragama..manusia tiada hak untuk mghalang manusia lain utk beramal mngikut jalannya selagi xbertentangan dgn syariat ISlam, walaupun ahli keluarga sendiri.. mujurlah, hanya ketika berada di pentas saja aku disuruh mbuka purdah, dan aku mnutup kembali wajahku sekembalinya di tempat dudukku di dewan konvokasi itu.. di saat itu, ayahku kecewa melihat aku menutup wajahku ketika wajah2 graduan terpapar di skrin besar.. usah khuatir dan bersedih wahai ayahku tercinta...wajahku acuan wajahmu... di saat dirimu melihat cermin..saat itu jua ada wajahku...

hari konvokasi graduan uia 2011. hari yg xmungkin aku lupakan. ya. xmungkin. bila mana segala kesakitan, kekecewaan dan keresahanku hilang sekelip mata..hanya dengan mengalirnya airmata gembira seorang ayah. aku cukup rapat dan mengenali ayahku.. bila melihatnya terharu dgn pencapaianku, walau aku bukanlah pelajar terbaik di uia, aku dpt merasakan kesyukuran seorg ayah yang seolah-olah lega melihat anaknya berjaya menamatkan pengajian. aku tahu ayahku byk menanggung kesusahan dan berkorban byk benda utk 11 org anaknya...ayahku...aku akan mgembirakanmu sepertimana aku gembira setiap kali aku menatap wajahmu.. setitik airmatamu yg mengalir untukku akan ku balas dengan selautan airmataku mendoakan keselamatan, kesihatan, dan kesejahteraanmu di dunia dan akhirat sana.. tak termampu aku untuk membalas segala jasamu, aku akan membahagiakanmu,,di sini..dan di sana.. moga Allah membantuku untuk membantumu dan bidadarimu kelak, ibuku... berbahagialah wahai ayah dan ibuku... aku akan menjadi pembela kalian kelak..dihadapanNya.. doaku sentiasa bersama kalian.. Allah..Tuhanku..bantulah aku untuk itu..

di jadikan aku memang seorang anak gadis yg tersgt manja dgn kedua ibubapaku... mgkin kerna aku tiada adik prempuan.. dan jelasnya mmg kerna Allah mciptakan aku begini.. apa saja yg bkaitan dgn keluargaku, maka akulah yg akan mjadi yang paling sensitif.. ayah dan ibu ku lah motivator ku yg berjaya. mendidik ku sejak kecil..mghiburkanku.,. aku terima segala cara didikan mereka,,dan kerana apa yg keluar dari mulut mereka jualah aku kuat dan tabah melalui hari2 ku yg jauh dari mereka... aku xkisah jika aku hilang semuanya, asalkan aku masih punya Allah, ibu dan ayahku, tempat aku meluahkan cintaku.. xpernah aku merasa malu untuk meluahkan rasa kasihsyg dan cintaku pada mereka..surat. sms. kad. direct conversation..apa saja cara.. tiada istilah segan kerna mereka halal untuk menerima semua itu... redha Allah ada pada kedua ibubapa..dan aku sentiasa berharap agar aku mati dalam saat kedua ibubapaku redha padaku... setelah setahun hijrahku, ibubapa ku lah penasihat dan menguat semangatku.. 

aku terharu dgn kata2 ayahku sebelum mereka bertolak pulang meninggalkan ku di sini,uia. ayah seolah2 bimbang dan berat untuk melepaskanku suatu masa bila aku akan menjadi milik seorg lelaki yg bakal mgambil alih tugas dan tanggungjawabnya ke atasku.. dia bimbang.. adakah bakal pemimpinku itu akan menjagaku sebaik2nya.. dia juga khuatir jika bakal pemimpinku nanti tidak mampu mghormati pegangan dan perinsipku dlm beragama.. ayahku sayang...usahlah kau bimbang.. Allah sentiasa ada bersamaku..dan Dia xkan menganiayaiku selagi aku bpegang teguh dan tunduk patuh pada segala perintahNYa.. jika sedikit kau gelisah wahai ayahku, kegelisahanku saat itu akan meliputi segalanya di muka bumi ini.. dan...aku selalu berharap.. agar aku di jaga sebaik2 jagaanmu oleh pengganti tugasmu kelak..aminn...

insyaAllah...









Thursday, October 6, 2011

kenapa aku menulis?

terkadang..
aku perlu bergerak sendiri
aku menulis bukan kerna mahu puaskan hati
aku menulis kerna masih byk yang perlu aku pelajari
untuk aku tidak mudah lupa diri
kerana aku akan segera berpegang dan merujuk
apa yang aku pernah tulis saat aku mulai lalai
aku mahu sentiasa ingat dan berjaga-jaga
aku mahu menjaga diri dari balik ke dunia gelap dulu

aku menulis bukan kerna paksaan emosi
aku menulis atas keluhuran hati dan cerdasnya akal anugerah Ilahi
aku cuma mahu berkongsi
rasa.cerita.kisah.dan pengajaran
hanya untuk kita sama2 muhasabah diri

aku menulis kerna ukhuwah...
ukhuwah fillah...kerna Allah semata-mata
siapalah sgt aku ini untuk mengajar semua org
siapa aku untuk menasihati semua orang
aku sendiri pernah melakukan kezaliman pada diriku sendiri
mana mungkin aku menulis untuk memaksa org tuk jadi baik
sudah cukup solehahkah aku untuk itu?

aku menulis kerna aku mahu kita tahu
Yang Berkuasa Hanya Allah Taala
Yang Hebat, YAng Agung, Yang Bijak.. hanya Dia...
jadi...layakkah kita untuk bersikap angkuh dan bangga diri di dunia
yang lebih kecil daripada sbelah kepak nyamuk saja di sisi NYA???

aku menulis kerna Allah...
aku mahu kita semua sedar
hanya Allah yang layak di sembah dan di cinta
melebihi segalanya yang ada dilangit dan bumi pinjaman ini

aku menulis untuk aku tarbiyah diri aku sendiri...
penulisanku dan bacaanku adalah satu cara yang aku buat
untuk menundukkan nafsu dan keinginan hatiku yang selalu
mendorong ke arah kemaksiatan dan penderhakaan pada Allah

aku mahu kongsi pemikiran untuk kita selalu ingat Allah
untuk raih redha dan gapai kasihsayang Allah
cukuplah sebelum ini hidupku penuh kegelapan
di isi dgn benda2 khayalan pemuas nafsu, lalai.lagha,leka,hanyut...
sudah tiba masa untuk mencorak masa depan...
mencorak akhirat kita mengikut acuan Rasulullah saw selagi terdaya

hidup ni bukan untuk berseronok!!
jahil. tiga tahun hidupku dalam kegelapan cukup buatku derita n menyesal
keseronokan dunia hanya tipudaya yg akan mcampakkan kau dalam neraka!!!
berbaloikah hidup seronok2 penuh gelaktawa untuk menangis dalam kubur???
untuk menangis n saling berbantahan dalam neraka jahanam???
aku lebih rela melalui hari2ku dlm airmata di dunia...
moga kelak aku tidak akn tergolong dalam golongan mereka yg meratap tangis...

kita hidup untuk taat pada Allah dan ikut ajaran Rasulullah saw...
itu sahaja.. wahai diri...susah sangat kah untuk penuhinya??
Dia amanahkan kita tuk taat perintahNya kerna ada sebabnya...
sebab..Dia telah menyediakan segala keseronokan n nikmat2 kurniaanNya
yg kita mahukan itu di dalam syurgaNya kelak...
Dia akan bahagiakan hamba2Nya di sana..
hamba2 Nya yang punya hati penuh iman dan taqwa...
hamba2 yang taat patuh dan tunduk pada segala suruhanNya...

itu lah motif dan tujuan utama penulisanku...
maafkan segala kekhilafanku andai tergelincir dari landasan asal.
maafkan aku.
aku menjauh bukan kerna aku mahu lari.
aku menyendiri kerna aku masih mencari diri.
cukuplah hanya Allah mengenalku...



.akuhambapenuhdosa.cahayakeharumanku.






Astaghfirullah

bilatibasaatnya

akuakanjadimanusiayangpalingmenyesaldalamhidup.
eh.akulupaakupunyaTuhan.
tempatakumohonampunmaaf.
tempatuntukakumengadu.
aduhaidiriyangmalang.
tertipugembirasukadalamduniamainan.
sampaibilamahuhidupdalamlakonan.
sampaibilamahuhirupudaraberbaurdustadanpenindasan.
giladansangatgilahidupmanusia.
relaberlakongembirauntukoranglain.
kautakgembiratapikenapakaubiarkan.

kernaakureladeritauntuklihatoranglainbahagia.
bodoh


Allah.ampunkanakuhambahinayanglemah.

mak.ayah.mimirelagembirakandanbahagiakan.mak.ayah.
sampaiakhirhayathidupmimi.walauiajauhlaridariperinsipmimi.
apayangmimimahuhanyaredha.mak.ayah.dalamtiapnafasmimi.
sampaimimimatimimimahu.mak.ayah.banggapunyanakmacammimi.
danmimibenarbenarakanbuktikannya.inijanjimimi.
Allah.dan.RasulNya.tetapditanggateratas.
redha.Allah.Taala.adapadaRedha.mak.ayah.
biarmimikejaritu.
selagimasihadawaktu.

akulemahtiadadaya

aku.
mahu.
terbang.
pergi.
jauh.
dari.
semua.
dusta.
dunia.
ya.
aku.
mahu.
pergi.
jauh.
dari.
semua.
semua.
semua.
dusta.
dunia.
Allah.
aku.
sendiri.
bantu.
aku.
lemah.
tiada.
daya.
;(

031011

alhamdulillah...
pada tarikh ini..
genap setahun aku pakai purdah
=)

hanya Allah sahaja yang tahu betapa syukurnya aku
dapat menghijab diri dan di beri kekuatan dari sisiNya
menangkis segala fitnah buruksangka hinaan tohmahan umpatkeji
jika bukan kerna Dia...
mana mungkin aku sekuat ini?
meninggalkan segala keinginan hati kerna Dia?

perhiasan.cintamanusia.keseronokan.kemegahan.kecantikan.hiburan.mainan.
hidup dgn semua tu buat aku jadi makhluk yg sgt jahil dan sgt bodoh
syukur padaMu YA RAbbul 'Alamin...
KAu jauhkan aku dari semua tu...setelah Kau rasakan itu semua padaku...
aku sedar...itu tidak lain kerna apa yg aku pernah lafazkan suatu masa dulu...

ada apa pada pujian org ramai kerna kecantikan? cantik ke?
apalah sgt title 'princess', 'hotbabe' or 'fashion icon' jika dibanding dgn 'bidadari'?
jadi aku memilih tuk dapat title bidadari.
bidadari syurga dunia dan bidadari syurga akhirat kelak..
itu impianku..moga Dia permudahkan jalanku menujuNya...

Allah..Tuhanku Yang Maha Pengasih dan Penyayang...
kadang-kadang aku sgt malu..terasa hina..sangat hina..
kerna dulu aku penderhaka penuh dosa.
tapi Ya Tuhanku..
pengampunan dan rahmatMu lebih besar dari segalanya...
maka dgn itu Kau bantu aku bangkit dari lamunanku.
Kau alihkan arah tuju hidupku..
dari kegelapan kepada cahaya..
dan aku mahu selalu dalam cahayaMu..
KAu lah Cahaya di atas cahaya.
Penunjuk jalan agar kami pulang dgn gembira kepangkuanMu...

SubhanAllah~
Maha Suci Allah Tuhan Sekalian Alam...