Friday, October 14, 2011

biarkan aku

biarkan aku menghitung hari-hariku
biarkan aku menghitung amalan-amalanku
biarkan aku mencatat ibadat-ibadatku

agar aku sentiasa dlm keadaan sedar
agar aku sentiasa berjaga-jaga
agar aku sentiasa takut untuk mendekati dosa
agar aku bimbang hilangnya segala amalan

bila aku melakukan dosa dan maksiat
hilanglah segala pahala amalan yang tercatat
tinggallah diri yang hina dengan dosa-dosa
tiada guna segala ibadat
yang tinggal hnya seorang hamba yang rugi

biarkan aku menghitung
agar aku jadi manusia yang beruntung

biarkan aku mencatat
kerna kelak di hadapanNYA
aku sendiri yang akan menghitung-hitung amalanku
yang jelas tertera dlm kitab catatan amalku
dan di saat itu..aku akan tahu
di mana letakku di sisi NYa
adakah aku akan di dekatkan dgnNya?
golongan kanan kah aku?
atau golongan kiri letak diriku?

biarkan aku dengan airmataku memenuhi ruang duniaku
moga di akhirat nanti tiada lagi airmata penyesalan yg tinggal buatku
di dalam api neraka jahanam

biarkan aku hidup dengan merasa dosaku byk menggunung
agar aku sentiasa bersyukur dgn pahala yang sedikit

biarkan aku sentiasa takut akan masaku yang lalu
agar aku tidak terus tersesat dan hanyut dlm mainan dunia

biarkan aku selalu mengenang dosa-dosaku dulu
agar aku sentiasa mahu bertaubat padaNya

biarkan aku mencatat amalanku
agar aku tahu saat turun dan naiknya imanku

aku mahu terus menangis di dunia
kerna...
aku mahu hidup tnpa tangisan di akhirat nanti...
dan...
tempat tanpa airmata itu hanyalah di syurga NYa
di sisi Allah Yang Maha PEngasih n Penyayang

biarkan aku mengejar saat itu...

sesungguhnya...solatku, ibadatku, hidupku dan matiku
hanya la kerana Allah Taala, Tuhan sekalian alam...


~Tuhan Cinta Agungku~


.cahayakeharumanku.




No comments:

Post a Comment

berkatabenarlahwalaupunpahit