Thursday, October 6, 2011

kenapa aku menulis?

terkadang..
aku perlu bergerak sendiri
aku menulis bukan kerna mahu puaskan hati
aku menulis kerna masih byk yang perlu aku pelajari
untuk aku tidak mudah lupa diri
kerana aku akan segera berpegang dan merujuk
apa yang aku pernah tulis saat aku mulai lalai
aku mahu sentiasa ingat dan berjaga-jaga
aku mahu menjaga diri dari balik ke dunia gelap dulu

aku menulis bukan kerna paksaan emosi
aku menulis atas keluhuran hati dan cerdasnya akal anugerah Ilahi
aku cuma mahu berkongsi
rasa.cerita.kisah.dan pengajaran
hanya untuk kita sama2 muhasabah diri

aku menulis kerna ukhuwah...
ukhuwah fillah...kerna Allah semata-mata
siapalah sgt aku ini untuk mengajar semua org
siapa aku untuk menasihati semua orang
aku sendiri pernah melakukan kezaliman pada diriku sendiri
mana mungkin aku menulis untuk memaksa org tuk jadi baik
sudah cukup solehahkah aku untuk itu?

aku menulis kerna aku mahu kita tahu
Yang Berkuasa Hanya Allah Taala
Yang Hebat, YAng Agung, Yang Bijak.. hanya Dia...
jadi...layakkah kita untuk bersikap angkuh dan bangga diri di dunia
yang lebih kecil daripada sbelah kepak nyamuk saja di sisi NYA???

aku menulis kerna Allah...
aku mahu kita semua sedar
hanya Allah yang layak di sembah dan di cinta
melebihi segalanya yang ada dilangit dan bumi pinjaman ini

aku menulis untuk aku tarbiyah diri aku sendiri...
penulisanku dan bacaanku adalah satu cara yang aku buat
untuk menundukkan nafsu dan keinginan hatiku yang selalu
mendorong ke arah kemaksiatan dan penderhakaan pada Allah

aku mahu kongsi pemikiran untuk kita selalu ingat Allah
untuk raih redha dan gapai kasihsayang Allah
cukuplah sebelum ini hidupku penuh kegelapan
di isi dgn benda2 khayalan pemuas nafsu, lalai.lagha,leka,hanyut...
sudah tiba masa untuk mencorak masa depan...
mencorak akhirat kita mengikut acuan Rasulullah saw selagi terdaya

hidup ni bukan untuk berseronok!!
jahil. tiga tahun hidupku dalam kegelapan cukup buatku derita n menyesal
keseronokan dunia hanya tipudaya yg akan mcampakkan kau dalam neraka!!!
berbaloikah hidup seronok2 penuh gelaktawa untuk menangis dalam kubur???
untuk menangis n saling berbantahan dalam neraka jahanam???
aku lebih rela melalui hari2ku dlm airmata di dunia...
moga kelak aku tidak akn tergolong dalam golongan mereka yg meratap tangis...

kita hidup untuk taat pada Allah dan ikut ajaran Rasulullah saw...
itu sahaja.. wahai diri...susah sangat kah untuk penuhinya??
Dia amanahkan kita tuk taat perintahNya kerna ada sebabnya...
sebab..Dia telah menyediakan segala keseronokan n nikmat2 kurniaanNya
yg kita mahukan itu di dalam syurgaNya kelak...
Dia akan bahagiakan hamba2Nya di sana..
hamba2 Nya yang punya hati penuh iman dan taqwa...
hamba2 yang taat patuh dan tunduk pada segala suruhanNya...

itu lah motif dan tujuan utama penulisanku...
maafkan segala kekhilafanku andai tergelincir dari landasan asal.
maafkan aku.
aku menjauh bukan kerna aku mahu lari.
aku menyendiri kerna aku masih mencari diri.
cukuplah hanya Allah mengenalku...



.akuhambapenuhdosa.cahayakeharumanku.






No comments:

Post a Comment

berkatabenarlahwalaupunpahit