Monday, October 10, 2011

091011 : aku.cinta.konvo.airmata.ayah


hari ini dalam sejarah. airmata seornag ayah. betapa hebat dan dalamnya cintaku pada ayahku. walau pada saat itu, hari itu, hati aku penuh dengan keresahan dan kegelisahan memikirkan betapa aku lemah terpaksa memakai pakaian yahudi. hanya Allah saja yang tahu apa yang terbuku di hatiku saat itu. menjadi pelajar yg terakhir melangkah masuk ke dewan dan yg pertama melangkah keluar dari dewan cukup membuktikan Dia mendengar doaku. ketidak selesaan n sakit dan lemahnya tubuh ku pada hari itu.. perkara yang ditakdirkan untukku itu cukup menggambarkan betapa aku tidak mahu berada di situ..hati penat melawan emosi bilamana berkali2 diri ditegur supaya purdahku ditanggalkan setibanya saat untuk ku naik ke stage berlakon ambil skrol.. perkara yang membencikanku, berjalan di hadapan ribuan makhluk yg menonton..skrin besar,.gambar.. aku rasa seperti orang bodoh2 saja masa tu.. tapi aku lemah xberdaya tuk melawan..Alhamdulillah..ini yg ptama dan terakhir untukku kerna ibubapaku telah mgizinkan ku tidak hadir ke konvokasiku yg akan dtg..untuk master..dan mungkin untuk phd juga.. walau hakikatnya aku tahu, mereka mahu melihatku di pentas utk kali ke seterusnya. namun, mereka tetap akur dgn perinsipku..di mana..dalam beragama..manusia tiada hak untuk mghalang manusia lain utk beramal mngikut jalannya selagi xbertentangan dgn syariat ISlam, walaupun ahli keluarga sendiri.. mujurlah, hanya ketika berada di pentas saja aku disuruh mbuka purdah, dan aku mnutup kembali wajahku sekembalinya di tempat dudukku di dewan konvokasi itu.. di saat itu, ayahku kecewa melihat aku menutup wajahku ketika wajah2 graduan terpapar di skrin besar.. usah khuatir dan bersedih wahai ayahku tercinta...wajahku acuan wajahmu... di saat dirimu melihat cermin..saat itu jua ada wajahku...

hari konvokasi graduan uia 2011. hari yg xmungkin aku lupakan. ya. xmungkin. bila mana segala kesakitan, kekecewaan dan keresahanku hilang sekelip mata..hanya dengan mengalirnya airmata gembira seorang ayah. aku cukup rapat dan mengenali ayahku.. bila melihatnya terharu dgn pencapaianku, walau aku bukanlah pelajar terbaik di uia, aku dpt merasakan kesyukuran seorg ayah yang seolah-olah lega melihat anaknya berjaya menamatkan pengajian. aku tahu ayahku byk menanggung kesusahan dan berkorban byk benda utk 11 org anaknya...ayahku...aku akan mgembirakanmu sepertimana aku gembira setiap kali aku menatap wajahmu.. setitik airmatamu yg mengalir untukku akan ku balas dengan selautan airmataku mendoakan keselamatan, kesihatan, dan kesejahteraanmu di dunia dan akhirat sana.. tak termampu aku untuk membalas segala jasamu, aku akan membahagiakanmu,,di sini..dan di sana.. moga Allah membantuku untuk membantumu dan bidadarimu kelak, ibuku... berbahagialah wahai ayah dan ibuku... aku akan menjadi pembela kalian kelak..dihadapanNya.. doaku sentiasa bersama kalian.. Allah..Tuhanku..bantulah aku untuk itu..

di jadikan aku memang seorang anak gadis yg tersgt manja dgn kedua ibubapaku... mgkin kerna aku tiada adik prempuan.. dan jelasnya mmg kerna Allah mciptakan aku begini.. apa saja yg bkaitan dgn keluargaku, maka akulah yg akan mjadi yang paling sensitif.. ayah dan ibu ku lah motivator ku yg berjaya. mendidik ku sejak kecil..mghiburkanku.,. aku terima segala cara didikan mereka,,dan kerana apa yg keluar dari mulut mereka jualah aku kuat dan tabah melalui hari2 ku yg jauh dari mereka... aku xkisah jika aku hilang semuanya, asalkan aku masih punya Allah, ibu dan ayahku, tempat aku meluahkan cintaku.. xpernah aku merasa malu untuk meluahkan rasa kasihsyg dan cintaku pada mereka..surat. sms. kad. direct conversation..apa saja cara.. tiada istilah segan kerna mereka halal untuk menerima semua itu... redha Allah ada pada kedua ibubapa..dan aku sentiasa berharap agar aku mati dalam saat kedua ibubapaku redha padaku... setelah setahun hijrahku, ibubapa ku lah penasihat dan menguat semangatku.. 

aku terharu dgn kata2 ayahku sebelum mereka bertolak pulang meninggalkan ku di sini,uia. ayah seolah2 bimbang dan berat untuk melepaskanku suatu masa bila aku akan menjadi milik seorg lelaki yg bakal mgambil alih tugas dan tanggungjawabnya ke atasku.. dia bimbang.. adakah bakal pemimpinku itu akan menjagaku sebaik2nya.. dia juga khuatir jika bakal pemimpinku nanti tidak mampu mghormati pegangan dan perinsipku dlm beragama.. ayahku sayang...usahlah kau bimbang.. Allah sentiasa ada bersamaku..dan Dia xkan menganiayaiku selagi aku bpegang teguh dan tunduk patuh pada segala perintahNYa.. jika sedikit kau gelisah wahai ayahku, kegelisahanku saat itu akan meliputi segalanya di muka bumi ini.. dan...aku selalu berharap.. agar aku di jaga sebaik2 jagaanmu oleh pengganti tugasmu kelak..aminn...

insyaAllah...









2 comments:

  1. Walaupun terpaksa pakai jubah acuan vatican semasa konvo.. apa boleh kita buat?.. Tak berdosa jika darurat. Aku rasa tanya mana2 ulama pun diorang cakap takpe.. Yang berdosa ialah pemimpin2 yang mengekalkan sistem tersebut. Lagipun jubah konvo tu dah jadi pakaian rasmi.. Dah hilang nilai untuk dikaitkan dengan jubah vatican

    Bagaimana dengan lambang bulan dan bintang yang kini menjadi lambang islam?... Nabi Muhammad, sahabat2, tabien dan tabi-tabien tak pernah memperkenalkan bulan dan bintang sebagai lambang agama islam. Banyak terdapat di masjid2.. Ia mula dipakai oleh org islam ketika Muhammad Al-Fatih menakluk Constatinopel.. Sebelum itupun memang lambang tersebut dipakai oleh maharaja constantin utk kota tersebut. Tapi lambang bulan bintang dahpun dipakai sebelum nabi Muhammad lahir lagi.. banyak versi sebenarnya, ada kata lambang dewa baal etc.. tapi kini lambang tersebut telah menjadi lambang islam.. Taknak komen banyaak psl ni..

    Jika saudari 'berdosa' sebab terpaksa pakai jubah konvo, maka Muhammad Al-fateh, ulama2 silam dan ulama2 kontemporari kini jauh lebih berdosa sebab guna lambang kafir sebagai lambang islam. Terus dipertahankan beratus-ratus tahun..

    Rujuk
    http://www.celapakit.net/showthread.php?tid=6205

    http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9347.0

    ReplyDelete
  2. okey terima kasih saudara....
    tiap manusia punya pegangan n jalannya sendiri...maka Allah lebih tahu apa yg tersirat n tersurat...asif

    ReplyDelete

berkatabenarlahwalaupunpahit