Showing posts with label hijrahku. Show all posts
Showing posts with label hijrahku. Show all posts

Friday, April 5, 2013

tak pernah pikir mampu di capai


di jadikan penasihat handle pogram kem ibadat niqabgirls di kelantan minggu lpas.
jadi mentor..jumlah adik2 usrah skrg nak dekat 30 org.. kena buat 2 group dlm seminggu..
jadi naqibah halaqah/study circle 2-satu course wajib di uia.. adik2 ni 16 org.
jadi muwajih..mubalighoh or ajk2 pogrem keagamaan....

tadi pulak isteri kpd ustad uia msj minta jadi fasi kem solat di sekolah area keramat KL
dia ambik no aku dari CCAC UIA...daripada nama aku jdi naqibah study circle tu..
minggu depan kem solat tu... insyaAllah aku akan join...

sesungguhnya tiadalah satu pun yg datang kepadaku kecuali dgn kehendak dan izin Tuhan ku...

dan sampai sekarang...

aku masih pikir aku tak mampu capai apa2

tapi...

nampaknya percaturanNya mengatasi segala....

aku takut...tapi jika aku tak berbuat, kepada siapa lagi aku harus berharap??

sekarang aku bahagia sgt dgn jln ni..aku taknak berhenti dari perjuangan ni...moga Allah permudahkan segalanya..amin...

tiada daya dan upayaku melainkan dengan kekuatan daripada Allah...



TUHAN CINTA AGUNGKU



Saturday, March 23, 2013

kini aku rasa bahagia itu... T_T

Allah...
Allah Tuhanku....
dengarlah rintihan hatiku ini...
di saat ini...
di saat tiada sesiapa di sisi kecuali diri Mu...
hanya diri Mu yg ada ketika ini menemani diriku...

Allah...
Cinta agung ku...
bagaimana nak ku mula luahan ini..
aku hanya ingin memuji2 Mu..
aku hanya mahu mengagung2kan diri Mu Ya Rahman..
Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...

Allah...
Hanya Kau Tuhan ku Yang Ahad...
kini aku rasa bahagia itu...
bahagia yang sudah lama mereka rasai..
kini Kau rasakannya pula pada diri ku yg hina ini...
aku sudah mula rindu dan cinta pada mereka..
adik2 baru yang Kau berikan utkku...
walau tidak dilahirkan ibu ku..
namun ku rasakan tanggungjawab ku pada mereka...
hak mereka yang perlu aku penuhi..

Allah.. Tuhan ku...
aku sudah menyayangi mereka..
seperti mana aku benci pada dosa2 ku yg lalu,
seperti itu juga aku benci andai ia hinggap pada adik2 baru ku...
tetapkanlah hati2 mereka walau bukan atas usaha ku
bantu la mereka di jalan Mu walau bukan kerna daya ku
sambut tangan mereka, Ya Allah Ya Tuhan..
Engkau Mendengar luahan ini.. T_T
terimalah mereka di jalan Mu..dengan cahaya Rabbani Mu..
Yang tak pernah malap..takkan berkurang walau sedikit pun...
Engkau lebih mengetahui akan hati-hati mereka....

Allah...Cinta ku..
hanya pada Mu tempat aku memohon petunjuk..dlm mbimbing mereka...
hanya pada Mu tempat aku memohon kekuatan...dlm mnguatkan mereka...
hanya pada Mu tempat aku bergantung harap..dlm mbantu mereka cinta pada Mu...
Allah..Kau memang Cinta Agung ku... T_T
Engkau mengetahui hati ku ini...
kuat kah ia... rapuhkah ia..
makin terang kah cahaya hati ku ini?
atau semakin malap kah ia...? itu di luar ilmu ku..
namun ku tahu Kau Maha Tahu akan apa yg tersirat dan tersurat...
jauh di lubuk hati ini..rasa cinta ku pada mereka...
walau baru mengenali..aku sudah terlalu sayang pada mereka..
aku mahu bersama mereka di syurga Mu nanti Ya Allah..
Kau kuatkanlah mereka dlm mencari redha Mu...
hanya Kau yang mampu lakukan segala wahai Pencipta ku..

kini baru aku mengerti..
pengorbanan mereka selama ini untukku bukan semudah yg dirasai
bila Kau meletakkan aku pula di tempat itu
untuk aku rasakan sendiri betapa terujinya diri
di sini aku terdidik utk terus bersabar..
di mana dulunya sifat sabar lgsung tiada dlm kamus hidupku..T_T
di situ aku di ajar untuk tidak berputus asa...
di mana dulunya sifat itu selalu menerjah diri ini..

Ya Tuhan...Allah Cinta ku...
mimpi ku dulu sudah semakin hampir...
dan Engkau lah yg menghampirkan aku dgn mimpi itu...
tanpa keizinan dan kehendak Mu Ya Rabbi..
mana mungkin aku mampu berada di situ...

dahulu...
aku andaikan itu hanya mimpi yg takkan jadi realiti...
sebaik terjaga dari lena..aku rasakan ia sgt mustahil..
aku tertanya-tanya...apakah maksud mimpi itu? T_T
lamanya aku mencari jawapan pada mimpi itu wahai Tuhan ku..
dan kini...ia semakin ku mengerti..
melalui jalan ini ku temui sinarnya jawapannya..
seolah aku termasuk pada sebuah kisah baru..
mimpi yang indah dan seolah dlm fantasi duniaku...
kuatkan aku untuk itu, Ya Allah..
hanya itu yang aku minta pada Mu yang Maha Berkuasa atas segala..
bantu aku untuk kuat selama ku masih punya hayat..
walau tak ku tahu jumlah baki dan sisanya
aku tetap mahu berlama-lama dlm bahagia ini...
bahagia yang Kau rasakan ini..
bahagia yang tak pernah aku impi..
ia semakin menjadi realiti..
sebagai bekalan sebelum mati..
kerna pertemuan itu sangat abadi..
jadi aku harus persiap diri..

tidak ku risau andai tiada yang mengerti..
tentang insan seperti cahayakeharumanku
kerna ku tahu masih ada Yang Memahami
hanya Dia saja Cinta Agung ku...

itu yang aku tahu dan mahu.
dulu..kini...dan selamanya...
moga ia terpatri..terpahat di qalbu.
menanti cinta Dia Yang Utama..

aku hamba Mu.
akan tetap begitu.






Thursday, February 14, 2013

malam indah wif pakgad & miawgad

citer ni best..
tapi penat nk citer skrg.
baru smpai bilik je kul 3pg lebih lebih sket td.
ade pakgad
ade akhowat
ade miaw
tulis sket2 dulu.. ade mase smbung lain kali.
xnk bagi ilang moment best ni kna draft awl2..huuu bajet org bace.

nk buat CV dulu ni.. semangat jadi fc CCAC.. haahaa cuaknyerrr esok kna interview.
arap2 tak kena mara la sbb anta lmbat.. =P sori sy baru smpai je uia pg smlm..
sampai uia subuh, trus pagi tu kna g jumpe lecturer.. amik sign n anta report research thesis..
mlm de platihan fc study circle n lpas tu smbung pula ngan meeting shoutul humaira'...
kna blakon la pulakkk utk next bicara wanita.. hehe malunyerr.. da la watak antagonis... i like!! XD

k cv xsiap lagi.. kul 1130 pg interview ngn ustad comel.. sifu saya! dia muallaf yg hebat. sy suke! sgt!
selalu admire dia masa dgr dia ngajar hadith kat masjid uia.. last2 tau dia masa pogrem.. dia jd audience n bckap gak masa sesi soal jawab.. terbaikk laa!! tanya2 akhowat, baru tau btulla dia tuan punyer suare d masjid ptg2 yg sy dgr dia duk ajar hadith tu.. tak sgka akan jumpe dia lagi n n n dpt bckap face to face ngan dia.. alamak.. segan. erkk.. cuak plak rase... k la.. zzzzzzzz~




Wednesday, January 9, 2013

pakcik itu...aku rindu T_T

tiba ingatan menerjah ilusi
raut wajah masih mampu ku lakari
tanpa bicara ku seolah mengerti
terasa diri amat kerdil sekali
andai panjang hayatku ini
mahu menyelami sekeping hati
kerna aku mahu mengerti
apa yg tersirat pada diri
menyingkap rahsia hati
pada diri seorang abdi
walau jasad tak ku kenali
kau masih ku ingati
mungkin sampai akhir nanti
kerna kau buatku mengerti
dan kenal diri sendiri
segala puji hanya bagi Allah, Ya Rabbi
mengatur segalanya mengikut apa yg di kehendaki
moga bertemu di sana nanti..pakcik misteri :'(


pakcik...benar aku tidak mengenali mu...
hanya bertemu tanpa di rancang, maaf aku bertamu tanpa silu...
pertemuan sekejap denganmu dua tahun lalu akan terus bersemadi bersamaku...
inginku bercerita tentang dirimu, namun lidahku kelu terus membisu...
inginku bertemu lagi denganmu, namun hingga kini tak kulihat lagi kelibatmu...
kadang ku mencari di mana dirimu, dan aku mulai sedari siapa diriku...
bila memori menjenguk tentang dirimu, aku lantas ingat pada Pencipta mu...
aku mahu bertemu lagi denganmu, guru tanpa tutur.. guru tanpa sepatu...
peluh keringat dan redup matamu menjadikan aku terasa kaku...
malu pada diriku... malu pada Pencipta ku..Pencipta mu...

Allah..Tuhanku... Cinta Agung ku...
pertemukanku lagi dengannya.. 
walau tak di dunia ini..
pertemukan kami di sana nanti..
kerna diri ingin membalas budi..
yg tak ternilai pada diri...






Monday, November 5, 2012

hijrah itu PENGORBANAN

hijrah ini memang susah
hijrah ini memang payah
hijrah ini menuju ALLAH
di hujungnya Hasanah!

andai rasa diri lemah
di perjalanan hijrahmu
sendirian tiada mampu
mohonlah pada Tuhanmu...

T_T

Allah Cinta Agungku...