Saturday, December 1, 2012

pencarianku belum berakhir

pencarian yang takkan pernah berhenti
sehingga jasadku mati
namun ruh aqal dan jiwaku akan tetap begini
jalan yang dirasakan panjang hakikatnya singkat sekali
pencarian yg dirasakan mudah pada hakikat amat mencabar sekali
dalam kepayahan mendaki, aku tidak sendiri
dalam kesusahan melalui, aku belajar mengenal diri
kelemahan dan kekuatan
kebaikan dan keburukan
kelebihan dan kekurangan
kesenangan dan kesusahan
membezakan yang haq dan bathil
suatu pergantungan yang haq pada Yang Haq
Dia lah Pemilik segala kebenaran
ujian adalah tanda kasih sayang Nya
kebahagiaan adalah belas kasihan daripada Nya
kedukaan merupakan cara penghapusan dosa
ilham dan ibrah penguat aqal dan jiwa
mencintai kerana Allah...dan membenci kerana Allah
lima alam yang pasti aku lalui
hanya berbaki dua yang belum aku jejaki dan terokai
masihkah aku mampu mencari di saat hati dan jasad terpisah?
masihkah aku mampu mencari saat mata tertutup rapi?
wahai diri yang terhutang budi, jangan berhenti mencari cinta ILAHI
kelak diri akan bertemu dengan Dia yang kau cintai
pencarian ini takkan pernah berhenti
kerna....
pertemuan itu yang di nanti...
ya.. pertemuan itu...

dan sungguh...
Dia juga menanti... T_T

dan aku...masih di sini.




No comments:

Post a Comment

berkatabenarlahwalaupunpahit