Tuesday, February 5, 2013

banyak pula yang minta ditanggung

aku tak tau la aku mampu tak bawa semuanya..
lepas satu...satu..
tanggungjawab yang seolah-olah terlalu mengharapkan aku untuk terima.
aku nak sangat tapi bimbang aku tak mampu beri komitmen..
kerna aku sendiri perlu fikir tentang diri aku...
semester ni aku nak habiskan semuanya..aku nak tamatkan time konvo oktober ni.
aku dah tak mahu lagi berlama-lama dengan research yang aku mampu buat cepat
kerna terlalu mengikut keadaan dan mereka kajian aku sering tergendala
mungkin ni la ujian-ujian yang sering diperkata mereka dulu..
pada kami kami semua yang sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi
ye..penat sangat berhadapan karenah manusia berpangkat ni..
duit pula banyak abis..aku pun bukan genius untuk dapat biasiswa..nak2 dgn status makayah aku..
pembaziran masa yang paling aku kesali...namun aku tetap hargai semua yang terjadi.walau semakin mudah, namun perlu lebih serius dan tak boley berlengah
untuk bermain-main dan tangkap muat saja memang tak boleh
mahu kopipes macam yang biasa buat masa degree? hahaha mimpi saja la agaknya
kerana apa? kami mula di ajar serius belajar walau kami taknak serius sgt pun sbenarnya
kerna belajar ni amanah juga... mak ayah aku letak harapan tinggi di bahu lemah ni..
ya...tanggungjawab yang berat dan tak kurang hebatnya seperti medan tempur dakwah.

Allah melamakan aku di sini ada sebabnya...
bukan hanya untuk menjadi profesional dalam bidang science yang aku ambik ni..
tapi Dia sedang melatih aku menjadi aku yang ber'ruh' baru...
berjuang dengan apa yang Allah tetapkan dalam keadaan manusia mahu yang sebaliknya..
perjuangan ini tak mudah..amat perit dan pahit.. bila segala keinginan terpijak ke bumi..
tak mengapa... kerna lambat laun nanti akan kembali ke bumi juga diri ini...
bila mahu menutup sepinggan makanan daripada terdedah dan di hinggap lalat buat keracunan,
mereka sengaja mahu dedahkan hidangan tersebut buat santapan umum dilihat enak...haha T_T
syukurlah di tanah aku berpijak di sini izinkan aku menutup...
entah macamana kehidupan aku selepas ini.. bila keluar dari tempat ini...
aku harap semuanya akan baik2 saja seperti apa yang aku yakin dan harapkan...
hakikat dunia ini memang tidak adil..lagi bertambah haru bila diterajui si zalim kuasa dua.
dan di sokong pula dengan gorgon2 bertopeng ultraman..
disangkanya mereka itu penyelamat, rupanya tak ubah si rubah menerkam anak bebiri..
argh..criter apakah aku ini?

berbalik kepada tanggungjawab yg di minta ditanggungi bahu yang lemah ini.
aku masih binbang andai aku akan kecewakan banyak pihak...bukan aku taknak..
tapi seakan-akan semuanya mahu aku yang uruskan..
aku fulltime student master, ni sem last aku n kena struggle kena siapkan thesis sebelum sem ni tamat bulan 5..kena jadi RA lecturer aku lagi tanpa aku setuju..committe masjid...ajk nasyid,kena jadi trainer n cari pelapis baru lam nasyid...tadi smpai lagi msj org lain pula nak letak aku jadi ajk masjid bawah biro pendidikan...hmm.. nak sangat...kalau boleh.. =( tapi tak mampu rasanya.. T_T
komitmen dalam bidang dakwah memang aku sedaya upaya menjinakkan diri untuk semua tu kerna aku memang nak buat.. title muayyid pun da tak tertanggung...ini pula 'murobbi'... haaa persoalan sama sejak dulu..layak ke aku ni? sengal~
penakut sngt rupenyerr.. bukan hebat sgt ke.. haha ingat senang ke nak jadi sorang murobbi.. memang semua orang boley jadi murobbi.. tapi dia ada peringkat2 nya juga.. murobbi yang hebat mampu didik nafsu diri dia sendiri dulu sbelum didik nafsu mutarobbinya... nak tegur kesalahan orang kena tgk kesalahan diri dulu..nak nasihat org kena nasihat diri dulu..nak ubah org kena ubah diri dulu.. memang tu yang sedang di lalui oleh aku seorang insan yang gile berfikir.. mmg hobi pun berfikir..
sebelum aku mengambil atau buat keputusan apa2 memang kena fikir betul2 dulu... aku kena consider banyak benda juga... mak ayah aku yang paling utama.. bukannya aku tak mahu ambik semua tugas yang di beri, namun aku juga punya prioriti dalam hidupku.. masa yang aku rasa perlu di selesaikan dahulu, maka aku akan uruskan benda dulu sbelum cuba menerima yang lain..

setelah bersemester aku menolak utk jadi murobbi..smpai skrg aku tolak lagi..haaaa tapi aku da bersedia jadi fasi atau mentor... tuk mengajak saudara seaqidah untuk turut sama mencintai agama Allah.. sampaikan yang basic dan pure fardhu ain.. =) nak jadi murobbi tuk 'membina' org mmg belum bersedia lagi.. aku kena bina diri aku dulu,,byk dosa lagi ni.. dan aku juga seorang anak yang selalu nak balik rumah..aku kena ade bersama keluarga aku.. bgaimana mahu berkomitmen menjaga anak2 usrah jika tapak ku berpijak bukan setempat? aku sdg belajar utk jadi anak yg berguna dan berbakti..usia nenekku dan kedua ibubapaku bukan sama dgn usiaku.. dalam kesibukan dakwah ke sana ke mari aku taknak aku menjadi sebahagian mereka yang lupa, dakwah dan bakti kepada darah daging sendiri lebih utama.. keluarga aku juga bukan maksum maka aku melihat keperluan aku di sana sgt tinggi..tambah2 lagi bila kedua ibubapa ku sudah bersara... jika aku tidak bersama mereka, pada siapa aku bisa melabuhkan harapan selain drpd ALLAH TAALA sahaja.. 

senang saja.. perumpamaannya seperti satu bandar yang dipenuhi raksasa dengan tiga orang tahanan dan seorang ultraman yg lampu tak terang sgt... apa perlu ultraman tu buat dgn ketiga2 tahanan dlm bandar tu? melihat saja kah mereka di fire2 oleh raksasa? yg lama kelamaan mungkin akan mati terbakar atau turut sama berubah menjadi raksasa akibat tak tahan ditahan raksasa...atau mengalih pandangan dan menuju bandar lainkah? rela membiarkan tahanan di bandar yg penuh dengan raksasa tu hanya utk menyelamatkan orang2 yang di luar tanah jajahan? hahaha ultraman pengecut yang salah makan pil khayal agaknya.. kalau aku la.. aku rela jadi hello kitty yg comeyl kiut miut pakai gaun,skirt n reben kaler pink polka dot..gi manja2 ngan raksasa tu semua..mana tau lama2 mereka lepaskan tahanan2 yg tak bersalah tu... indahnya lamunan aku...zzzz~~ lupakan kisah ni... T_T

pengalaman yg aku tak pernah sangka aku mampu buat dan lalui hingga sekarang masih kekal sebgai sebuah mimpi indah yg aku tidak mahu tersedar daripada lamunan ini...menjadi imamah, mc, mubalighah, pentadabbur n pengalun ayat suci AQ, committee daurah, committee masjid, pic nasyid, fasi halaqah subuh dan qiam dlll utk mereka mereka sgt megajar aku apa makna perjuangan, pengorbanan, berlapang dada, sabar, tabah, tawakal, redha, ikhlas, mujahadah dan yang paling utama kasih sayang.. apa tu kasih sayang? mengasihi mereka utk bersama2 dengan mereka bertemu Kekasih yg Abadi... untuk pertemuan itu saja sebenarnya semua ini Ya Rabbi... aku tak kesah aku susah asal aku dapat jumpa Pencipta hati aku.. sekian lama aku belajar hidup meneladani kekasih2 Mu.. walau berat namun aku tak jemu jatuh bangun jatuh bangun jatuh dan bangun kembali... kerna aku tak mahu jatuhku bukan dalam cintaMu.. aku bimbang jika aku tidak dapat melihat wajah Mu di sana nanti.. aku takut mendapat murka Mu di hari di mana tiada tempat bergantung kecuali pada syafaat kekasih2 Mu... dan aku tidak mahu bersama pengkhianat2 agama suci Mu dan makhluk yang dilaknat di azab di bakar dalam api jahannam yang kedasyatannya hanya ada dlm pengetahuan Mu, wahai Tuhan ku yang Maha Mengetahui.. Maha Berkuasa atas segala... Maha Pengasih Maha Penyayang...

hanya untuk sebuah pertemuan yang sentiasa di nanti dan dirindui...jadikan aku hamba Mu yang sentiasa sanggup atas segalanya setelah segala yang Kau beri padaku di luar kemampuan aqalku untuk menggapainya.. bila apa yang teringini diri terlalu cepat Kau penuhi, makin tersa diri menuju pertemuan abadi..namun sejauh mana rasa ini bukan milikku utk mengetahui.. hanya mampu bermimpi bertemu Mu Pencipta hati yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang sgt indah sukar di lakarkan jari.. ku cuba sediakan kanvas untuk ku lakarkannya namun tetap tak terpenuhi keinginan aqal yang memang...memang... dan sememangnya tidak mampu mengjangkaui segala ilusi dan fantasi di alam yang tersedia ini...

kenapa terlalu berfikir hingga memenatkan hati wahai diri yg terakhiri dengan mati?
bukankah ia pasti?

ya..
aku cukup mengerti...









 

No comments:

Post a Comment

berkatabenarlahwalaupunpahit