Monday, February 25, 2013

ayah... T_T

Ya Allah...
andai syurga itu di bawah tapak kaki ibu 
kerana derita yang harus ditempuh 
demi sebuah ketulusan cinta, 
maka wajarlah jika syurga isteri di dalam redha suami....
kerna di atas bahunya tergalas seisi amanah 
yang di bungkus dengan rasa tanggungjawab 
kepada isteri dan anak-anak..... 

Ayah...
mungkin bibirmu kelu menyatakan cinta....
namun rasa itu dikau zahirkan dengan segenap tenaga....

Ayah... 
mungkin ada ketikanya perilakumu 
mengundang jemu dan kaku pada hati si anak, 
namun hakikatnya ia adalah reaksi emosi 
yang sering si anak tersalah fahami...... 

Ya Allah... 
andai sahaja lelaki-lelaki hari ini 
nekad menjadi seorang ayah sejati, 
pasti dunia akan menyaksikan, 
semakin subur, mekar kuntum-kuntum taman syurgawi......
pada eratnya gengaman seorang ayah 
tatkala gigih mendokong amanah

Ya Allah... 
suburkanlah di hati ini rasa kasih dan sayang yang tulus kepada ayah, 
hormat dan rendah hati  yang tidak berbelah bagi, 
dan kesabaran dan kesetiaan yang sejati dalam berbakti....
nukilan akhowat.

ayah saya memang hensem. harap maklum. =P

sedih....mesej my mom n dad..said i miss them sooo much...

ya Allah.. aku mahu jadi anak yg berbakti utk mereka.. 
sampaikanlah aku pada detik itu...
masih berasa tidak cukup usaha ku membahagiakan mereka selama ini..
berikan kekuatan dan peluang untukku berbakti pada mereka
walau tak terbalas segala jasa dan perngobanan 
izinkan aku... mampukan aku untuk itu...
membahagiakan mereka walau utk sekejap cuma
menjaga mereka.. biar aku pula yg bersusah2 utk mereka..
Allahu Allah... ya Rahman..ya Rahim...
betapa aku rindukan mereka...di saat ini...hanya Engkau yg memahami...
rahmatilah kehidupan dunia dan akhirat mereka..
aku mahu saja menebus segala kekurangan mereka dgn amalku
walau amalku sedikit dan tidak kuketahui apa nilainya di sisiMu
bantulah aku utk membantu mereka di sana nanti...
doa saja yg mmpu aku panjatkan padaMu wahai Cinta Agungku...
 kasihilah mereka spertimana mereka mengasihiku 
sewaktu aku kecil..hingga aku dewasa...
dan beri peluang untukku menebus jasa...
aku sgt cintakan mereka..namun cintaku padaMu tetap yg Utama...
ingin aku bersama mereka tika aku bertemu Mu...nanti... 

ameen...




No comments:

Post a Comment

berkatabenarlahwalaupunpahit